Perbankan di Malaysia

Bank.  Tempat yang baik bagi orang kaya dan untuk seseorang menjadi kaya.  Itulah apa yang mereka kata. 

Jadi apa itu bank dan bagaimana bank beroperasi? 

Pada asasnya, terdapat pelbagai jenis bank di Malaysia.  Setiap satu memberi khidmat kepada kelompok berbeza dalam masyarakat kita dan setiap satu memiliki rangka perniagaan dan tumpuan berbeza.  Mari kita lihat bank-bank ini dari segi tadbir urus perundangan bagi bank-bank ini. 

Bank Perdagangan 
Bank perdagangan adalah bank yang paling biasa dijumpai di Malaysia.  Bank-bank ini memberi khidmat kepada segenap pelanggan, dari pelanggan runcit individu sehinggalah perbadanan korporat antarabangsa.  Rangkaian produk yang ditawarkan bank-bank ini merangkumi produk perbankan deposit asas sehinggalah deposit berstruktur yang kompleks.  Dari segi perkhidmatan, mereka menyediakan perkhidmatan kiriman wang sama ada tempatan mahupun ke negara lain. 

Bank perdagangan ditadbir urus selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, atau lebih dikenali sebagai FSA 2013 (Financial Services Act 2013).  Bank-bank ini dikelaskan kepada bank tempatan dan bank antarabangsa yang diperbadankan dalam negera.

Bank perdagangan adalah bank tertua di Malaysia, dengan Standard Chartered menubuhkan bank pertama di Malaysia pada 1875.

Bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah bank komersial, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan untuk bank tersebut boleh jadi ditadbir selia oleh pengawal atur yang berbeza.   

Senarai bank-bank komersial di Malaysia boleh didapati di pautan ini.  (L bermaksud bank tempatan manakala F bermaksud bank antarabangsa yang diperbadankan dalam negara). 

Bank Islam
Bank Islam adalah pada asasnya bank perdagangan yang ditadbir urus berasaskan undang-undang Islam yang dipanggil Shariah.  Dari segi perkhidmatan dan produk yang ditawarkan adalah mirip kepada bank perdagangan biasa.

Dahulu, perkhidmatan perbankan Islam ditawarkan melalui konsep tetingkap dari bank perdagangan biasa.  Hari ini, kebanyakan bank-bank ini telah mula menawarkan perkhidmatan perbankan Islam penuh melalui anak syarikat khusus dalam bidang perkhidmatan perbankan Islam.  Masa depan adalah amat cerah bagi mereka-mereka yang ingin menceburi bidang perbankan Islam kerana terdapat pelbagai ruang untuk terus dikembangkan. 

Dari segi tadbir urus selia, bank-bank Islam adalah ditadbir urus selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau IFSA 2013 (Islamic Financial Services Act 2013).

Senarai bank-bank Islam di Malaysia boleh dijumpai di sini dan di sini

Bank Pelaburan 
Bank pelaburan adalah bank yang terlibat dalam pasaran modal.  Pelanggan mereka terdiri daripada perbadanan besar, termasuklah institusi kewangan yang lain dan konglomerat.  Sebilangan bank pelaburan turut mempunyai pelanggan individu yang diklasifikasikan sebagai pelanggan bernilai amat tinggi.

Memandangkan bank pelaburan terlibat dalam pasaran modal termasuk pasaran kewangan dan pasaran hadapan, mereka juga dikawal tadbir selia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Capital Market & Services Act - CMSA) selain daripada FSA / IFSA.

Disebabkan perniagaan bank-bank ini dalam pemasaran produk kewangan, kebanyakan kakitangan mereka diperlukan mendapat lesen-lesen tertentu.

Senarai bank pelaburan boleh dijumpai di sini.

Institusi Kewangan Pembangunan
Institusi kewangan pembangunan atau DFI (Development Financial Institution) adalah institusi kewangan yang telah ditubuhkan untuk tujuan khusus.  Terdapat beberapa institusi kewangan di Malaysia yang diklasifikasi sebagai DFI.  DFI adalah dikawal selia di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.  Senarai DFI boleh dijumpai di sini.

Perhatikan bahawa DFI yang disenaraikan di situ adalah DFI yang ditakrifkan sebagai Institusi Pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Pendapatan dari Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA - Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Proceeds of Unlawful Activities Act 2001).  DFI yang tak ditakrifkan sebagai Institusi Pelapor boleh dijumpai di sini.

Boleh Tak Sesiapa Sahaja Membuka Bank Di Malaysia?
Hmmmmm.... Soalan yang cukup sukar dijawab.  Saya tidak dapat memberikan jawapan setepat-tepatnya.  Pertama sekali, anda perlu memeriksa dengan Bank Negara Malaysia sekiranya anda dibenarkan untuk membuka sebuah bank.  Dan anda perlu memastikan anda memiliki wang secukupnya untuk memastikan kecairan secukupnya untuk terus berniaga.

Dengan kata-kata itu, bank yang paling penting di Malaysia bukanlah mana-mana bank perdagangan mahupun bank pelaburan yang saya telah sebut tadi, tetapi bank pusat kita, yakni Bank Negara Malaysia.  Dan itu adalah rencana untuk hari lain.

Comments