Bagaimana kehilangan komputer riba boleh berlaku di pejabat

Kewujudan komputer riba adalah suatu penambahbaikan kepada produktiviti di pejabat.  Anda boleh membawa komputer anda ke mana sahaja untuk mesyuarat dan tidak perlu risau akan terlepas emel dan perkara lain.  Komputer riba biasanya adalah ringan dan tidak sekekok untuk dibawa seperti PC biasa, dan oleh itu, peranti itu perlu dikunci dengan kabel berkunci.  Dengan kombinasi yang hanya diketahui penggunanya, sepatutnya kunci berkabel ini mencukupi untuk mengelakkan kehilangan aset ini.

Tetapi adakah mencukupi dengan sekadar menguncikan peranti itu dengan kunci berkabel? 

Itu yang anda fikirkan.

Dari masa ke masa, anda perlu membawa komputer riba anda meninggalkan meja kerja.  Anda membuka kunci berkabel tersebut dengan kombinasi anda, dan anda meninggalkan meja anda.

Adakah anda terlepas melakukan sesuatu yang penting?  Ya.

Anda tidak mematikan kombinasi kepada kunci berkabel komputer riba anda.

Tidak apa kalau rakan-rakan sekerja di pejabat semuanya boleh dipercayai.  Tetapi ingatlah kata-kata, anda hanya boleh dikhianati orang yang anda percaya.

Jangan ambil peluang.  Matikan kombinasi kepada kunci berkabel komputer riba anda sejurus anda membuka kunci itu.  Jadikanlah ini sebagai tabiat.  Saya sendiri masih belajar untuk mengamalkannya.

Sudah tentu anda tidak mahu balik ke pejabat hanya untuk melihat bahawa komputer riba pejabat anda hilang.

Penafian
Tidak terpakai bagi komputer riba yang menggunakan kunci berkabel yang memerlukan kunci hakiki.


Comments